Translate

Isnin, 6 Mei 2013

Pesawat berkuasa suria terbang tanpa guna minyak

SAN FRANCISCO - Sebuah pesawat berkuasa suria berlepas dari sini dan tiba di Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin dalam tempoh 18 jam dan 18 minit. Pesawat yang tidak menggunakan minyak itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sky Harbor, Phoenix selepas berlepas dari Lapangan Terbang Moffett Field dekat sini pada Jumaat lalu. Badan pesawat itu diperbuat daripada gentian karbon dan seberat sebuah kereta kecil. Pesawat yang diberi nama Solar Impulse itu boleh terbang pada ketinggian 8,500 meter dengan purata kelajuan 69 kilometer sejam. Projek membina pesawat itu bermula pada tahun 2003 dengan bajet sebanyak AS$112 juta (RM339 juta). Ia melibatkan sekumpulan jurutera daripada syarikat pembuat eskalator Schindler dan mendapat bantuan daripada firma kimia, Solvay. Pengasas projek itu ialah Bertrand Piccard dan Andre Borschberg yang juga juruterbang dari Switzerland. Piccard mengendalikan pesawat itu semasa ia berlepas dari Lapangan Terbang Moffett Field

Tiada ulasan:

Catat Ulasan