Translate

Rabu, 29 Mei 2013

Nenek berusia 72 tahun sertai kelas tarian tiang

SINGAPURA - Seorang nenek berusia 72 tahun, Eva Ho menyertai kelas tarian tiang di sini pada setiap minggu. Ho merupakan bekas pesakit kanser payudara yang masih hidup dan dia mengekalkan kecergasan dirinya dengan menyertai kelas tarian itu. Wanita yang berasal dari Sweden itu menyertai kelas tersebut bersama anggota-anggota sebuah pasukan perahu naga, Pink Spartan. Pasukan perahu itu disertai oleh wanita-wanita yang pernah menghidap kanser. Tarian tiang itu merupakan senaman untuk anggota-anggota pasukan tersebut melakukan persediaan sebelum mereka mendayung. Ho mempunyai tiga orang anak dan lapan cucu itu merupakan penduduk tetap di negara ini. Dia menetap di sini selepas berkahwin dengan seorang warga Singapura

Isnin, 13 Mei 2013

Islam melarang berpacaran?

DUNIA kini menyaksikan hubungan lelaki dan wanita melanggar tabie dengan wujud pergaulan bebas sesama sendiri. Tindakan terlarang berkenaan sebenarnya boleh menyumbang kesan besar kepada institusi keluarga. Hubungan intim tanpa ikatan perkahwinan bermula dengan sang lelaki mengenyitkan mata kepada wanita lalu berakhir melalui hubungan zina di atas katil adalah tidak wajar malah Islam melarang tindakan terkutuk berkenaan. Hal berkenaan melihat ajaran Islam yang mendidik untuk tidak mendekati zina. Jika mendekati zina tidak dibenarkan apatah lagi melakukan zina. Namun perintah itu adakah menunjukkan bahawa Islam melarang berpacaran antara kaum adam dan hawa? Adakah Islam tidak langsung membenarkan langsung pergaulan lelaki dan wanita? Pensyarah Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohammad Nidzam Abdul Kadir menyatakan bahawa Islam bukanlah agama yang jumud dan beku, tetapi ajaran agama itu sesuai sepanjang zaman. Ujar beliau, Islam bukan berkisah antara halal dan haram tetapi agama itu membawa ajaran yang menekankan keharmonian kehidupan, perhubungan dan sebagainya. Namun setiap sesuatu ada batas dan hadnya. "Islam tidak menghalang untuk bercinta, tetapi syariat telah menetapkan syarat agar umat tidak melakukan perbuatan terlarang demi menyelamat institusi sosial dan negara," ujar pada program bedah buku terbaru tulisannya bertajuk Bolehkah Bercouple anjuran Telaga Biru Sdn. Bhd. bersempena Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini. Kata Mohammad Nidzam, tidak dinafikan terdapat ramai golongan generasi muda yang bercinta dalam tempoh terlalu lama sehingga dalam tempoh tujuh atau 10 tahun sebelum mengikat ikatan perkahwinan, dalam tempoh itu telah memberi peluang kepada hawa nafsu untuk menggoda lalu ramai yang tergelincir. "Mungkin ada golongan ahli agama, ustaz dan individu yang prihatin terhadap persoalan agama dan masalah sosial tidak bersetuju dengan tajuk buku ini atau mungkin merasakan ia suatu galakkan untuk terus bergelumang dengan maksiat. "Walau bagaimanapun kefahaman terhadap agama diberikan, penulisan ini bukanlah bertujuan menghalalkan perkara yang jelas haram, sebaliknya tujuan buku ini adalah sebagai satu jalan keluar buat masyarakat yang terdedah kepada pergaulan seks bebas dan sebagainya," jelas beliau. Buku Bolehkah Bercouple setebal 167 muka surat terbahagi kepada lapan bab itu merangkumi pelbagai persoalan termasuk fikah cinta, pertemuan yang haram, maksiat berkaitan cinta dan sebagainya. Menarik berkenaan buku ini, Mohammad Nidzam turut menyentuh hubungan khidmat pesanan ringkas (SMS), berbuat di telefon, chatting dan sebagainya yang merupakan alat komunikasi pada zaman moden. Walaupun ia harus tetapi jika melanggar syariat Islam, kemudahan itu boleh mendatangkan hukum haram. Namun dalam Islam, perkara yang perlu dijaga ialah kandungan SMS dengan isinya perlulah perkara baik dan wajar. Huraian padat dan kreatif, penulisan Mohammad Nidzam ini dilihat pada waktunya dalam mendidik anak muda daripada terlibat hubungan terlarang dan akhirnya menyebabkan lahirnya anak luar nikah. Kesedaran Jiwa Dalam majlis itu, sebuah buku terbaru bertajuk Angguk Geleng Himpunan Kisah Dakwah Satira turut diperkenalkan bagi bacaan orang ramai. Menurut penulisnya, Husna Hassan, kisah-kisah yang dipaparkan menerusi buku itu sebenarnya bertujuan untuk mengajak manusia dengan bijak dan hikmah selain diberikan makna tersirat di sebalik tersurat. Berbekal usaha dan niat murni, jelas Husna buku berkenaan dapat mengimbangi emosi dan pemikiran untuk dunia dan akhirat melalui paparan kisah untuk memberi kesedaran jiwa dan minda. "Paparan kisah dalam keadaan bersahaja tetapi mampu membuat kita seolah mengiyakan kebenaran dan menyentak kota fikiran sehingga mengakui kebenaran kisah dipersembahkan. "Selain itu, ia menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian," jelas beliau. Dalam situasi, manusia sentiasa yang degil, keras kepala dan hari, hati mereka hanya dapat dilunakkan dan dilembutkan melalui kisah-kisah motivasi dan pendekatan dakwah. Himpunan kisah tauladan dan motivasi garapan bersama Husna dan Pahrol Mohammad Juoi sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat dalam mendidik jiwa umat untuk mendekati ilahi selain merebut keredaan Allah. Setebal 257 muka surat yang terbahagi kepada empat coretan itu mengumpulkan pelbagai kisah tauladan yang bakal membawa sinar baru jika sesiapa membacanya. Bolehkah Bercouple? dan Angguk Geleng Himpunan Kisah Dakwah Satira masing-masing berharga RM18 dan RM22 itu boleh didapati di pasaran berhampiran anda atau boleh menghubungi Telaga Biru Sdn. Bhd. menerusi talian 03-6275 4070 untuk maklumat lanjut.

Masa silam yang gemilang, masa depan penuh harapan

20 September 2011 - Hari ke-6 di China dan hari ke-3 di Chengdu. Chengdu adalah sebuah bandar besar dengan lebih 5 juta penduduk, dan jumlah ini dijangka akan bertambah lagi kerana usaha-usaha giat dijalankan untuk memajukan Zon Teknologi Tinggi Chengdu. Zon ekonomi yang dibangunkan sejak 1991 itu telah banyak merubah lanskap bandar ini dengan wujudnya dua kawasan yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian selatan dan barat bandar dengan jumlah keluasan lebih 170 kilometer persegi.tersebut ialah dalam bidang pembuatan litar bersepadu (IC), perisian dan penyumberan luar, paparan optik dan bio-farmaseutikal. Mereka kata satu dari dua mikropemproses komputer (CPU) yang digunakan di dunia ini datangnya dari Chengdu. Hari ini kami berpeluang melawat ke Tianfu Software Park yang merupakan salah satu taman teknologi yang mengkhusus dalam bidang pembangunan perisian dan penyumberan luar di dalam Zon Teknologi Tinggi Chengdu bahagian selatan. Setibanya kami di tempat tersebut, kami terus dibawa menaiki buggy elektrik meninjau ke persekitaran yang kelihatannya seperti tenang dengan semua bangunan-bangunan pejabat teratur dengan baik dan tidak jauh antara satu sama lain. Di persekitaran ini juga terdapat kemudahan asas yang lain seperti bank dan restoran-restoran. Memang berbeza jika dibandingkan dengan Cyberjaya dan Taman Teknologi Malaysia (TPM) di Bukit Jalil, ataupun dengan Taman Teknologi Antarabangsa Bangalore. Susunan bangunan di sini lebih padat, tetapi tersusun. Syarikat-syarikat antarabangsa dan juga tempatan banyak yang telah mengembangkan operasi di sini, termasuklah 11 daripada 20 syarikat perisian utama dunia. Zon teknologi tinggi dan taman perisian ini pasti akan meletakkan Chengdu jauh maju ke hadapan. Di sebelah petang, kami dibawa melawat ke tapak arkeologi Jinsha yang merupakan satu penemuan terbaru tentang sejarah masa lampau Chengdu.

Wani popularkan kosmetik halal

PERTAMA kali bertemu dengan usahawan kosmetik, Ili Zawani Ismail, penulis berasa kagum dengan pencapaiannya dalam usia yang muda. Ili Zawani yang mesra disapa sebagai Wani mampu berbangga apabila berpeluang menjadi Pengarah Urusan Naturalife Solution Sdn. Bhd sejak berusia 19 tahun lagi. Wani, 27 bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan. Segalanya bermula ketika Wani sedang menduduki tahun akhir jurusan perakaunan, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Sunway. "Bapa memerlukan seseorang yang dipercayai untuk menguruskan syarikat yang baru dibuka dan beliau meletakkan tanggungjawab tersebut pada saya. Pada mulanya, saya rasa tertekan kerana tidak yakin dengan kemampuan diri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan juga ilmu dalam perniagaan. Apatah lagi tanggungjawab yang besar ini digalas pada tahun akhir pembelajaran saya. Tapi kata-kata semangat dan nasihat daripada orang sekeliling yang sudah berpengalaman memberi motivasi dan kekuatan pada saya untuk mengambil cabaran ini dan buktikan bahawa saya mampu menjalankannya dengan baik," ujarnya. Kenapa kosmetik halal? Orang kata kecantikan terlalu dekat dengan wanita dan Wani percaya 'wanita dan kecantikan tidak mungkin dipisahkan'. Baginya, walau dalam apa keadaan ekonomi sekalipun, wanita masih memerlukan barangan kosmetik bagi penjagaan diri sepanjang masa. "Saya melihat kosmetik halal sudah menjadi pilihan utama di kalangan masyarakat khususnya yang beragama Islam. Saya sangat teruja apabila produk antarabangsa yang berkualiti tinggi tapi ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan seperti kosmetik halal dari Istanbul, Turki, Farmasi Colour Cosmetics (FCC) diterima di Malaysia," katanya. CabaranWani mengakui memimpin sebuah organisasi pada usia muda bukanlah suatu tugas yang mudah. Baginya, 'mengurus manusia' merupakan suatu cabaran yang paling besar kerana setiap individu mempunyai karakter dan pandangan yang berbeza-beza. "Sebagai ketua, saya perlu menggunakan pendekatan yang berlainan kepada setiap pekerja supaya mereka berkeyakinan diri dan menonjolkan kelebihan masing-masing dalam pekerjaan yang dilakukan sekali gus memberi keputusan yang cemerlang dalam kerja dan Alhamdulillah, saya bersyukur dengan pasukan yang saya ada sekarang," ujarnya. Walaupun wujudnya persaingan dalam perniagaan, Wani menganggap ia lumrah dalam perniagaan. Bagi Wani, situasi ini memberi saingan yang sihat kerana syarikat yang sedang berkembang seperti kami akan belajar untuk memperbaiki diri dari pelbagai aspek dan maju setapak lagi ke hadapan. KeluargaSecara jujurnya, Wani mengakui dalam membangunkan sebuah syarikat, banyak masa bersama keluarga yang terpaksa dikorbankan. Bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Walau bagaimanapun, masa Wani untuk keluarga tetap ada cumanya dari segi kuantiti tak banyak, tapi berkualiti. "Pada hujung minggu jika tidak ada kerja, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah untuk berehat setelah seminggu penat bekerja. Selain itu, saya juga sering membantu ibu dan bapa dengan aktiviti sukarela di Madrasah Tazkiyah yang terletak di USJ 1, Subang Jaya, Selangor," katanya. Jika terdapat kelapangan waktu yang lebih panjang, Wani suka melancong ke luar negara untuk menambah pengalaman dan meluaskan pandangan.

Ibu angkat 1,800 bayi

CIPTAANNYA selama 12 tahun itu kini tinggal bersama-sama suaminya, Bob di rumah mereka dan Katsaris dalam masa yang sama turut menjual karya tiga dimensinya mengikut kehendak pelanggan di serata dunia. Katsaris yang mempunyai empat orang anak yang sudah dewasa obses dengan bayi kerana suka melihat riak wajah mereka yang comel dan menenangkan. Maka dia memastikan setiap bayi yang dihasilkannya kelihatan realistik dari segi riak wajah yang pelbagai dan setiap daripadanya diberikan nama bersesuaian dengan rupa dan personalitinya. Antara patung bayi kesayangannya ialah Bobby yang dinamakan sempena nama anak sulungnya kerana ia kelihatan seperti anaknya ketika bayi. Katsaris telah menghabiskan lebih AS$25,000 (RM74,000) dan waktu sehingga 15 jam sehari bagi menghasilkan bayi-bayi yang kelihatan seperti bayi sebenar. Cerita Katsaris, dia sering pergi ke wad bersalin bagi mempelajari riak muka bayi yang baru dilahirkan pada awal kerjaya sebagai pencipta patung berupa bayi.

JAIS tahan balu pengasas Al-Arqam di KLIA

SEPANG 13 Mei - Balu pengasas Al-Arqam, Khadijah Aam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejurus tiba dari Jeddah, Arab Saudi. Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kira-kira pukul 11.30 pagi. Usaha petugas media untuk merakam gambar Ummu Jah di balai ketibaan KLIA tidak berjaya kerana difahamkan dia terus dibawa ke Shah Alam untuk disoal siasat melalui pintu keluar lain. Turut kelihatan kira-kira 20 orang dipercayai bekas pengikut Al-Arqam yang berkumpul di balai ketibaan KLIA untuk menanti kepulangannya. Pada Mac lalu, Khadijah dilaporkan ditangkap di Kota Mekah kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu. Dia ditangkap bersama 95 lagi pengikutnya terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Mekah dengan kerjasama Unit Risikan dan Pencegahan Jenayah semasa sedang menjalankan upacara keagamaan di situ. Sementara itu, pada Jumaat lalu, seramai 14 orang termasuk seorang bayi perempuan ditahan JAIS di KLIA berhubung gerakan Al-Arqam tersebut. Mereka merupakan sebahagian daripada 35 rakyat Malaysia yang diusir kerajaan Arab Saudi di atas kesalahan membabitkan visa dan dokumen perjalanan.

19 orang cedera ditembak

WASHINGTON 13 Mei - Sambutan Hari Ibu di New Orleans, Amerika Syarikat, dicemari insiden keganasan apabila sebanyak 19 orang cedera, termasuk dua kanak-kanak berusia 10 tahun, dalam satu kejadian tembakan semasa perarakan sambutan tersebut, semalam. Pegawai Jabatan Polis New Orleans, Ronal Serpas berkata, polis mendapati tiga individu terbabit dalam kejadian itu dan mereka dipercayai menggunakan dua jenis senjata api. "Kami percaya dua atau tiga orang mula melepaskan tembakan dan motif mereka berbuat demikian masih belum dapat dipastikan. "Kebanyakan mangsa cedera akibat terkena lantunan kelongsong peluru," jelasnya. Seramai 17 orang dewasa cedera dalam kejadian tersebut dan dua kanak-kanak, lelaki dan perempuan, hanya mengalami luka. Jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di New Orleans, Mary Beth Romig berkata, kejadian terbaharu itu tiada kena mengena dengan aktiviti pengganas dan hanya membabitkan 'keganasan jalanan'. "Berdasarkan sumber risikan, insiden yang berlaku di New Orleans bukan angkara pengganas," jelasnya. Polis merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dan menawarkan habuan berjumlah AS$2,500 (RM7,500) bagi sesiapa yang memberi maklumat sehingga suspek berjaya ditangkap. Kejadian tersebut berlaku tidak sampai sebulan selepas dua serangan bom di Boston yang menyebabkan tiga orang terbunuh dan lebih 260 lagi cedera. Pada Disember lalu, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Connecticut, menyebabkan 20 kanak-kanak dan enam kakitangan terbunuh.

Isnin, 6 Mei 2013

Turun dari bangunan guna kerusi roda

PRAGUE, Republik Czech - Seorang lulusan dari Institut Jedlickuv, Zdenek Krupicka turun dari sebuah bangunan tinggi dengan menggunakan kerusi roda di sini kelmarin. Dia yang merupakan orang kurang upaya dibantu oleh seorang lelaki menuruni bangunan Pusat Kongres Prague setinggi 25 meter. Seutas tali diikat pada kerusi roda itu semasa dia menuruni bangunan tersebut. Krupicka melakukan aksi itu sempena meraikan ulang tahun ke-100 institut tersebut. Institut itu ditubuhkan oleh seorang doktor bedah, Rudolf Jedlicka yang bertujuan mendidik kanak-kanak kurang upaya sejak seabad lalu.

Angka kematian kilang runtuh cecah 610 orang

DHAKA - Angka kematian kejadian bangunan runtuh di sini disahkan meningkat kepada 610 orang semalam, selepas puluhan mayat berjaya dikeluarkan daripada timbunan konkrit kilang sembilan tingkat itu, kata pasukan tentera. Bangunan Rana Plaza yang menempatkan lima kilang pakaian itu runtuh pada 24 April lalu menyebabkan lebih 3,000 pekerja terperangkap, bagaimanapun 2,437 yang lain terselamat. Sumber rasmi memberitahu, sejumlah mayat yang dikeluarkan hilang beberapa anggota badan dan reput, sekali gus menyukarkan lagi proses pengecaman. "Kami mengenal pasti sebahagian daripada mangsa melalui telefon bimbit yang ditemui di dalam poket atau kad pekerja mereka," kata Timbalan Pentadbir daerah Dhaka, Zillur Rahman Chowdhury yang turut menjangkakan lebih banyak mayat ditemui tidak lama lagi. Siasatan awal pihak berkuasa mendapati gegaran kuat empat generator gergasi di tingkat atas menjadi punca runtuhan bangunan tersebut. Seorang jurutera, Masood Rezam memberitahu, pihaknya telah mereka bentuk struktur bangunan tersebut untuk dijadikan pusat beli-belah dan pejabat, bukannya kilang. Sehingga kini, polis telah menahan 12 orang termasuk pemilik plaza dan empat pemilik kilang pakaian yang memaksa pekerja mereka bekerja pada 24 April lalu, walaupun sudah menyedari ada keretakan pada struktur bangunan beberapa hari sebelum insiden itu berlaku.

Pesawat berkuasa suria terbang tanpa guna minyak

SAN FRANCISCO - Sebuah pesawat berkuasa suria berlepas dari sini dan tiba di Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin dalam tempoh 18 jam dan 18 minit. Pesawat yang tidak menggunakan minyak itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sky Harbor, Phoenix selepas berlepas dari Lapangan Terbang Moffett Field dekat sini pada Jumaat lalu. Badan pesawat itu diperbuat daripada gentian karbon dan seberat sebuah kereta kecil. Pesawat yang diberi nama Solar Impulse itu boleh terbang pada ketinggian 8,500 meter dengan purata kelajuan 69 kilometer sejam. Projek membina pesawat itu bermula pada tahun 2003 dengan bajet sebanyak AS$112 juta (RM339 juta). Ia melibatkan sekumpulan jurutera daripada syarikat pembuat eskalator Schindler dan mendapat bantuan daripada firma kimia, Solvay. Pengasas projek itu ialah Bertrand Piccard dan Andre Borschberg yang juga juruterbang dari Switzerland. Piccard mengendalikan pesawat itu semasa ia berlepas dari Lapangan Terbang Moffett Field

Khamis, 2 Mei 2013

Gentleman Psy kurang dapat sambutan

SEOUL - Lagu baharu penyanyi rap Korea Selatan, Psy yang berjudul Gentleman dilapor kurang mendapat sambutan di Amerika Syarikat (AS), sekali gus gagal mengulangi kejayaan besar lagu Gangnam Style. Pada Rabu lalu, lagu Gentleman jatuh ke tempat 26 dalam carta muzik Billboard Hot 100 daripada tangga kelima pada minggu lepas. Jualan lagu tersebut juga dilaporkan menurun sebanyak 50 peratus kepada 36,000. Bagaimanapun, Psy mendakwa kemerosotan lagunya dalam carta muzik di AS ekoran usaha-usaha promosi yang belum bermula di sana. "Promosi bermula pada hujung minggu ini. Jadi, saya tidak melihatnya sebagai satu penurunan dalam carta. Sebaliknya hanya permulaan," kata Psy dalam laman Twitternya. Video muzik Gentleman yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 267 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lalu. Sebelum ini, Psy memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Gangnam Style yang mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

AS bayar Rusia AS$424 juta bawa angkasawan

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS) menyatakan akan membuat bayaran tambahan sebanyak AS$424 juta (RM1.29 bilion) kepada Rusia untuk membawa angkasawan AS ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Bayaran itu meliputi latihan dan pengangkutan enam angkasawan pergi balik dari ISS pada tahun 2016. Sebahagian lagi bayaran dibuat kerana menggunakan perkhidmatan kapal angkasa Rusia, Soyuz pada tahun 2017. Bayaran tambahan tersebut meningkat sebanyak AS$5.6 juta (RM17.1 juta) daripada perjanjian awal sebelum ini. Namun, pentadbir NASA, Charles Bolden berkata, agensi angkasa AS itu tidak dipaksa menandatangani perjanjian baharu dengan Rusia jika Presiden Barack Obama memohon pelan perkongsian awam-swasta yang dikenali sebagai 'Program Kru Komersial'. Kapal angkasa Soyuz merupakan satu-satunya kaedah pengangkutan angkasawan ke ISS sejak NASA menamatkan program pesawat angkasa lepas pada Julai 2011

Kemarau di Somalia ragut 258,000 nyawa

NAIROBI - Hampir 260,000 rakyat Somalia dengan separuh terdiri daripada kanak-kanak berusia bawah lima tahun mati akibat kebuluran dari tahun 2010 hingga 2012, menurut satu laporan rasmi semalam. "Kebuluran dan kekurangan makanan di Somalia meragut sekitar 258,000 nyawa antara Oktober 2010 hingga April 2012. Ini termasuklah 133,000 orang kanak-kanak berusia bawah lima tahun," kata laporan bersama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Sistem Rangkaian Amaran Awal Kebuluran (FEWS NET). Mengulas laporan FAO/FEWS NET, Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Somalia, Philippe Lazzarini berkata, badan dunia itu sepatutnya menggandakan usaha bagi mengelakkan kematian besar-besaran tersebut. "Beberapa amaran sebelum permulaan kemarau panjang di Somalia pada 2010 gagal mencetuskan tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan. Somalia merupakan negara Afrika paling teruk terjejas selepas benua itu dilanda kemarau pada 2011 dengan lebih 13 juta orang terjejas. PBB mengisytiharkan kemarau tersebut tamat pada Februari 2012

SERIUS - WANITA YG MANJATUHKAN MARUAH WANITA

Semalam adalah Hari Jihad Tanpa Baju Sedunia yang dianjurkan oleh kumpulan demo jalanan FEMEN. Di serata Eropah demo tanpa baju dianjurkan di hadapan kedutaan Tunisia dan masjid bagi membantah hukuman yang akan dijatuhkan keatas warga Tunisia Amina Tyler kerana memuat naik gambar beliau tidak berbaju ke internet. Amina Tyler memuat naik gambar topless beliau sebagai tanda protes terhadap polis moral yang mahukan mengawal apa yang harus dipakai oleh wanita Tunisia. Warga Islam Tunisia rata-rata terkejut dan malu dengan tindakan beliau dan mahu beliau dihukum dengan berat. FEMEN yang terkenal dengan protes tanpa baju mereka bangkit menyokong apa yang dilakukan Amina Tyler.