Translate

Jumaat, 8 Ogos 2014

2,400 Pelarian Palestin Dibunuh Di Syria

 


5 Ogos 2014 - DAMSYIK, (PIC)-- Kumpulan Bertindak untuk Pelarian Palestin di Syria melaporkan sekitar 2,400 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria sejak bermulanya Revolusi Syria sehingga akhir Julai lalu,

Menurut kumpulan tersebut 2,365 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria, 1,627 orang daripadanya dibunuh di dalam kem-kem pelarian dan 693 yang lain dibunuh di luar kem.

Sementara itu, 37 orang pelarian Palestin dibunuh di luar Syria termasuk 35 orang yang mencuba untuk memasuki Eropah untuk lari daripada pembunuhan berdarah tersebut, sementara dua yang lain terbunuh dalam keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza sewaktu mereka cuba mencari perlindungan.

Israel cabuli genjatan senjata

5 Ogos 2014 - GAZA, (PIC)-- Angkatan Tentera Israil mencabul gencatan senjata yang disytiharkan pada hari Isnin selepas mengebom rumah di Kem Pelarian Shati di Bandar Gaza, membunuh kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dan mencederakan 30 orang yang lain yang kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal.

Pihak Berkuasa Israil secara unilateral mengisytiharkan gencatan senjata tujuh jam di kebanyakan wilayah Gaza pada hari Isnin. 

Sumber tempatan mengesahkan pesawat perang Israil mengebom rumah di Kem Shati 15 minit selepas gencatan senjata yang dijadualkan bermula.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra berkata serangan udara mengenai rumah keluarga Al-Bakri di Kem Shati, membunuh kanak-kanak perempuan kecil, Aseel Muhammad Al-Bakri menyebabkan 30 cedera parah yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. 

Dalam konteks yang sama, Pergerakan Hamas pada pagi ini mendesak agar penduduk Palestin di Semenanjung Gaza agar sentiasa berhati-hati selepas rumah orang awam di Kem Shati dibom walaupun sewaktu gencatan senjata.

Serangan ke atas rumah selapas gencatan senjata unilateral bermula menunjukkan gencatan senjata hanyalah mainan media. Jurucakap Hamas, sami Abu Zuhri meminta orang awam agar sentiasa berjaga-jaga.

Israil melancarkan keganasan berdarah pada 7 julai ke atas Gaza yang membawa kepada pencerobohan darat. Lebih daripada 1,844 orang telah terbunuh dan 8,500 yang lain cedera yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.