Translate

Isnin, 13 Mei 2013

Masa silam yang gemilang, masa depan penuh harapan

20 September 2011 - Hari ke-6 di China dan hari ke-3 di Chengdu. Chengdu adalah sebuah bandar besar dengan lebih 5 juta penduduk, dan jumlah ini dijangka akan bertambah lagi kerana usaha-usaha giat dijalankan untuk memajukan Zon Teknologi Tinggi Chengdu. Zon ekonomi yang dibangunkan sejak 1991 itu telah banyak merubah lanskap bandar ini dengan wujudnya dua kawasan yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian selatan dan barat bandar dengan jumlah keluasan lebih 170 kilometer persegi.tersebut ialah dalam bidang pembuatan litar bersepadu (IC), perisian dan penyumberan luar, paparan optik dan bio-farmaseutikal. Mereka kata satu dari dua mikropemproses komputer (CPU) yang digunakan di dunia ini datangnya dari Chengdu. Hari ini kami berpeluang melawat ke Tianfu Software Park yang merupakan salah satu taman teknologi yang mengkhusus dalam bidang pembangunan perisian dan penyumberan luar di dalam Zon Teknologi Tinggi Chengdu bahagian selatan. Setibanya kami di tempat tersebut, kami terus dibawa menaiki buggy elektrik meninjau ke persekitaran yang kelihatannya seperti tenang dengan semua bangunan-bangunan pejabat teratur dengan baik dan tidak jauh antara satu sama lain. Di persekitaran ini juga terdapat kemudahan asas yang lain seperti bank dan restoran-restoran. Memang berbeza jika dibandingkan dengan Cyberjaya dan Taman Teknologi Malaysia (TPM) di Bukit Jalil, ataupun dengan Taman Teknologi Antarabangsa Bangalore. Susunan bangunan di sini lebih padat, tetapi tersusun. Syarikat-syarikat antarabangsa dan juga tempatan banyak yang telah mengembangkan operasi di sini, termasuklah 11 daripada 20 syarikat perisian utama dunia. Zon teknologi tinggi dan taman perisian ini pasti akan meletakkan Chengdu jauh maju ke hadapan. Di sebelah petang, kami dibawa melawat ke tapak arkeologi Jinsha yang merupakan satu penemuan terbaru tentang sejarah masa lampau Chengdu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan