Kami memberi perkhidmatan Teksi bandaraya dan Teksi limosine serta Bas Mini, Bas Catar dan Van. Perkhidmatan ini beroperasi di seluruh sabah dan kawasan2 pelancongan di sabah. 1) Airport, airport transfer 2) Wild life park 3) Nasional park, kundasang n hot spring 4) Mari-mari culture 5) Rumah terbalik Tamparuli 6) Pulau 7) Kota klias lain-lain.....
Translate
Isnin, 13 Mei 2013
JAIS tahan balu pengasas Al-Arqam di KLIA
SEPANG 13 Mei - Balu pengasas Al-Arqam, Khadijah Aam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejurus tiba dari Jeddah, Arab Saudi.
Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kira-kira pukul 11.30 pagi.
Usaha petugas media untuk merakam gambar Ummu Jah di balai ketibaan KLIA tidak berjaya kerana difahamkan dia terus dibawa ke Shah Alam untuk disoal siasat melalui pintu keluar lain.
Turut kelihatan kira-kira 20 orang dipercayai bekas pengikut Al-Arqam yang berkumpul di balai ketibaan KLIA untuk menanti kepulangannya.
Pada Mac lalu, Khadijah dilaporkan ditangkap di Kota Mekah kerana disyaki memimpin ajaran sesat di tanah suci itu.
Dia ditangkap bersama 95 lagi pengikutnya terdiri daripada rakyat Malaysia dan Indonesia dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Mekah dengan kerjasama Unit Risikan dan Pencegahan Jenayah semasa sedang menjalankan upacara keagamaan di situ.
Sementara itu, pada Jumaat lalu, seramai 14 orang termasuk seorang bayi perempuan ditahan JAIS di KLIA berhubung gerakan Al-Arqam tersebut.
Mereka merupakan sebahagian daripada 35 rakyat Malaysia yang diusir kerajaan Arab Saudi di atas kesalahan membabitkan visa dan dokumen perjalanan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan