Kami memberi perkhidmatan Teksi bandaraya dan Teksi limosine serta Bas Mini, Bas Catar dan Van. Perkhidmatan ini beroperasi di seluruh sabah dan kawasan2 pelancongan di sabah. 1) Airport, airport transfer 2) Wild life park 3) Nasional park, kundasang n hot spring 4) Mari-mari culture 5) Rumah terbalik Tamparuli 6) Pulau 7) Kota klias lain-lain.....
Translate
Ahad, 17 November 2013
Taufan Haiyan , 3 Pelancong Kongsi Sebotol Air Untuk Bertahan Hidup 3 Hari
TACLOBAN - FILIPINA.Tiga pelancong hanya bergantung pada sebotol air selama tiga hari untuk meneruskan kehidupan di bandar yang teruk dibadai taufan ini.
Jonalyn Dela Pena, 26, berkata dengan sebotol air itulah, dia bersama seorang emak saudara dan seorang sepupunya, meneruskan kehidupan kerana tidak terdapat sebarang makanan di kawasan itu.
"Tiada cara untuk kami keluar dari sini atau menghantar mesej kepada keluarga kami di Manila," kata Dela Pena kepada Bernama di sini hari ini.Tiga pelancong berkenaan, yang datang bercuti ke bandar ini, terkandas hingga sekarang apabila kawasan berkenaan dibadai Taufan Haiyan Jumaat lepas.
Mereka yang terselamat dalam bencana alam itu didapati amat memerlukan tempat tinggal, selain berdepan dengan krisis makanan dan kesihatan.
Ramai yang berkampung di Lapangan Terbang Tacloban dan semakin ramai didapati menuju ke lapangan terbang ini untuk mencari tempat berteduh.
Sementara itu, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata hampir 2,000 mangsa bencana alam itu sedang menunggu untuk meninggalkan bandar ini dengan pesawat tentera dan komersial tempatan.
"Berdasarkan laporan yang diterima, masalah paling besar di sini ialah urusan menyimpan bekalan air minuman, diikuti makanan seperti beras, roti, sardin dan biskut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan air botol, mi segera, beras dan biskut kepada mangsa di sini.
Seramai 30 sukarelawan Malaysia, termasuk doktor dan wartawan, yang diketuai Abdul Azeez, dan anggota Angkatan Tentera Malaysia, tiba di sini dengan dua pesawat Charlie C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) semalam.
Pesawat itu juga membawa makanan dan ubat-ubatan sumbangan kerajaan Malaysia melalui KP1M dan Majlis Keselamatan Negara.
Abdul Azeez berkata sebuah klinik akan dibuka hari ini oleh sukarelawan Malaysia di lapangan terbang di sini, manakala ubat-ubatan serta kelengkapan perubatan juga akan diagih kepada beberapa klinik yang dibuka pasukan tentera Filipina di sekitar kawasan ini.
Menurut beliau, selepas ini, sukarelawan KP1M akan bergerak dengan kenderaan tentera ke sebuah pusat pemindahan kira-kira 40km dari sini.
"Kami juga akan pergi ke 'ground zero' untuk meninjau keadaan di sana dengan diiringi tentera Filipina atas sebab keselamatan," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADEHHH...
BalasPadam