Translate

Selasa, 9 Jun 2020

Kundasang kota kinabalu & tours 2020

AirAsia akan lancarkan pas tanpa had ke 16 destinasi dalam negeri

AirAsia akan melancarkan pas tanpa had baharu untuk memacu dan merancakkan kembali pelancongan domestik negara bagi menyokong usaha kerajaan, susulan kebenaran bagi perjalanan domestik di Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pas tanpa had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang berharga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia untuk pembelian di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) mulai 11 hingga 13 Jun, 2020 .

“Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun, 2020 hingga 31 Mac, 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tawaran itu melibatkan 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan