Translate

Jumaat, 8 Ogos 2014

Israel cabuli genjatan senjata

5 Ogos 2014 - GAZA, (PIC)-- Angkatan Tentera Israil mencabul gencatan senjata yang disytiharkan pada hari Isnin selepas mengebom rumah di Kem Pelarian Shati di Bandar Gaza, membunuh kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dan mencederakan 30 orang yang lain yang kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal.

Pihak Berkuasa Israil secara unilateral mengisytiharkan gencatan senjata tujuh jam di kebanyakan wilayah Gaza pada hari Isnin. 

Sumber tempatan mengesahkan pesawat perang Israil mengebom rumah di Kem Shati 15 minit selepas gencatan senjata yang dijadualkan bermula.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra berkata serangan udara mengenai rumah keluarga Al-Bakri di Kem Shati, membunuh kanak-kanak perempuan kecil, Aseel Muhammad Al-Bakri menyebabkan 30 cedera parah yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita. 

Dalam konteks yang sama, Pergerakan Hamas pada pagi ini mendesak agar penduduk Palestin di Semenanjung Gaza agar sentiasa berhati-hati selepas rumah orang awam di Kem Shati dibom walaupun sewaktu gencatan senjata.

Serangan ke atas rumah selapas gencatan senjata unilateral bermula menunjukkan gencatan senjata hanyalah mainan media. Jurucakap Hamas, sami Abu Zuhri meminta orang awam agar sentiasa berjaga-jaga.

Israil melancarkan keganasan berdarah pada 7 julai ke atas Gaza yang membawa kepada pencerobohan darat. Lebih daripada 1,844 orang telah terbunuh dan 8,500 yang lain cedera yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan