Kami memberi perkhidmatan Teksi bandaraya dan Teksi limosine serta Bas Mini, Bas Catar dan Van. Perkhidmatan ini beroperasi di seluruh sabah dan kawasan2 pelancongan di sabah. 1) Airport, airport transfer 2) Wild life park 3) Nasional park, kundasang n hot spring 4) Mari-mari culture 5) Rumah terbalik Tamparuli 6) Pulau 7) Kota klias lain-lain.....
Translate
Rabu, 24 April 2013
Bangunan runtuh, 100 terbunuh
SAVAR - Tidak kurang 100 orang terbunuh dengan ramai lagi mangsa dikhuatiri mati selepas sebuah bangunan runtuh di Bangladesh semalam, menurut sumber rasmi.
Bangunan lapan tingkat tersebut, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk sebuah pasar raya dan kilang pakaian.
Seorang pegawai berkata, hanya tingkat bawah bangunan itu yang menempatkan sebuah bank masih berada dalam keadaan sempurna.
Bangunan itu terletak di bandar ini, 30 kilometer dari ibu kota Bangladesh, Dhaka.
"Setakat ini, kami telah menjumpai 15 mayat dengan ramai lagi dikhuatiri mati," kata Pengarah Jabatan Bomba, Mejar Zehadul Islam kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, pasukan tentera turut dipanggil bagi membantu usaha menyelamatkan mangsa.
Sekitar 2,000 orang berada di dalam bangunan tersebut ketika ia runtuh pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).
Ketua polis tempatan, M. Asaduzzaman pula memberitahu, situasi kini genting dengan sekurang-kurangnya 150 dibimbangi masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kesihatan, Litu Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 35 mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital manakala 150 orang lagi menerima rawatan pesakit luar.
Kejadian bangunan runtuh kerap berlaku di Bangladesh ekoran sikap pemaju yang tidak mempedulikan peraturan pembinaan bangunan bertingkat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan