Kami memberi perkhidmatan Teksi bandaraya dan Teksi limosine serta Bas Mini, Bas Catar dan Van. Perkhidmatan ini beroperasi di seluruh sabah dan kawasan2 pelancongan di sabah. 1) Airport, airport transfer 2) Wild life park 3) Nasional park, kundasang n hot spring 4) Mari-mari culture 5) Rumah terbalik Tamparuli 6) Pulau 7) Kota klias lain-lain.....
Translate
Isnin, 25 Februari 2013
Kemalangan dahsyat di litar lumba AS
PANTAI DAYTONA, Florida - Satu kemalangan dahsyat menyebabkan kereta pelumba Kyle Larson melambung ke udara dengan serpihan mengenai tempat duduk penonton dan mencederakan berpuluh-puluh orang pada perlumbaan pembukaan kereta NASCAR di Litar Antarabangsa Kelajuan Daytona di sini kelmarin.
Presiden Litar Antarabangsa Daytona, Amerika Syarikat (AS), Joie Chitwood berkata, seramai 28 penonton cedera dalam insiden tersebut dengan 14 mangsa dibawa ke beberapa buah hospital tempatan.
Menurutnya, seramai 14 mangsa lain dirawat di sebuah kemudahan perubatan di litar tersebut.
Menurut Chitwood, beliau tidak dapat mengesahkan tentang laporan bahawa sekurang-kurangnya dua orang parah dalam kejadian itu.
"Adalah tidak wajar untuk saya mengulas tentang perkara tersebut," kata Chitwood pada satu sidang akhbar di litar itu tiga jam selepas kemalangan berlaku.
Pelbagai laporan media menyatakan angka kecederaan nahas tersebut melebihi 30 orang.
Stesen televisyen ESPN melaporkan seorang penonton dewasa mengalami trauma manakala seorang remaja berusia 14 tahun mengalami kecederaan kritikal tetapi tidak mengancam nyawanya.
Kemalangan berlaku apabila kereta Regan Smith dirempuh ketika beliau cuba menghalang pelumba-pelumba lain untuk memotongnya.
Perlanggaran tersebut menyebabkan kereta Larson melambung ke pagar yang memisahkan litar dengan tempat duduk penonton.
"Saya dilanggar dari belakang dan tidak sempat untuk berbuat apa-apa," kata Larson selepas keluar dari kereta lumbanya yang remuk.
Semua pelumba yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak cedera.
Seorang pelumba, Michael Annett dimasukkan ke hospital kerana dadanya hanya tercalar dalam kejadian itu
Filipina hantar kapal bawa pulang penceroboh
Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan.
"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.
Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan.
Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini.
Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. -
Sabtu, 2 Februari 2013
jet pejuang iran
TEHERAN - Iran memperkenalkan jet pejuang buatan sendiri semalam dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menyifatkannya 'antara pesawat tercanggih' di dunia.
Stesen televisyen Iran menyiarkan pesawat futuristik berwarna kelabu, Qaher (Penakluk) F-313 itu yang dipamerkan di sebuah hangar di sini.
Pendedahan tersebut dibuat ketika Iran menyambut ulang tahun ke-34 revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan kerajaan Shah Iran.
Media tempatan memetik Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi sebagai berkata, jet itu sukar dikesan oleh radar dan boleh mendarat di landasan pendek serta memenuhi keperluan Tentera Udara Iran
Langgan:
Catatan (Atom)